CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, April 19, 2009

Azab kubur - perkongsian cerita...

Salam..

Ingin saya kongsikan pengalaman saya sendiri berkenaan dengan kisah
azab kubur ini. Sebelum itu saya minta tuan moderator tlg hilangkan id
saya, kerana kisah ni terjadi pada arwah pakcik saya pada oct 1994.

14 tahun dah berlalu.. tapi masih segar dalam ingatan saya... 1994,
saya berusia 14 tahun.. dari kecil saya dijaga dan dibesarkan bersama
arwah pakcik, walaupun tinggal bersama keluarga. ayah & ibu berniaga
dan masa saya byk bersama arwah.. arwah seorang yg ramah, baik,
sukakan kanak2, kelakar dan disenangi oleh semua..

cuma seperkara.. arwah pakcik saya seorang penagih dadah. mula menagih
dari saya lahir ke dunia sampailah dia meninggal.. meninggal akibat
dadah.. pernah dipenjarakan, dimasukkan ke wad pemulihan beberapa
kali, tapi masih gagal meninggalkan ketagihannya.. beliau hidup
seorang dan tidak pernah berkahwin..

ari khamis malam jumaat, jam 10mlm.. kami dapat call dr keluarga..
pakcik dalam keadaan tenat.. saya sampai & lihat dia terbaring atas
katil.. matanya besar & tajam memandang ke org sekeliling, sesekali ke
atas.. dia rebah lepas "suntikan" yg dia lakukan.. dlm store tempat
dia selalu "port" bersepah perkakasan dia dan kelihatan darah menitik
sehingga ke tempat dia rebah..

dr 10mlm ke 4pg, tak henti2 dia muntah.. berak.. nafasnya semakin kuat
dan kali ni memang senantiasa dia pandang ke atas.. saya sentiasa
disisinya dan membacakan yasin. alhamdulilllah.. saya ajarkan dia
mengucap.. walaupun dia sudah tak boleh berkata, tapi dia cuba..
mukanya berkerut dan sesekali saya cuba tutupkan matanya agar tidak
selalu melihat ke atas (saya faham apakah disebalik pandangan ke atas
tatkala seseorang itu dalam keadaan sakratul..)

7am di pagi jumaat.. dia meninggalkan kami dipangkuan saya.. saya
mandikan.. saya tlg kapankan.. dan saya tatap dia untuk kali
terakhir.. walaupun saya ketika itu 14 tahun, saya bantu lakukan
semuanya.. saya iringinya dgn van jenazah sehinggalah dia ke liang
lahad. dan saya antara yg terakhir meninggalkan perkarangan kubur
selepas selesai bacaan talkin & doa..

dr malam itu, tiap2 malam saya sedekahkan yassin untuknya.. malah saya
qada' kan solat dengan niat pahala solat saya itu diberikan sepenuhnya
untuk arwah.. saya lakukan ini tanpa henti sehingga berbulan lamanya
(setiap hari dan setiap solat akan saya bacakan surah yasin). Utk
pengetahuan, arwah jarang solat dan puasa ketika hayatnya..

- mlm ke 40 selepas pemergiannya, saya mula bermimpi bertemunya.. tapi
hanya untuk seketika. tiada bicara..
- mlm pertama ramadhan, saya bermimpi dia balik ke rumah.. masuk dari
pintu belakang.. jumpa saya dan terus peluk sehingga saya rasakan
pipinya di pipi saya.. dia cuma mintakan segelas air minuman.

- mlm ke 100 pemergiannya.. ini kali terakhir saya bermimpi bertemu
dia.. dalam mimpi tu jelas dia datang berjumpa saya.. dengan pakaian
yg koyak rabak, mukanya hitam dia memandang tajam ke arah saya.. lalu
dipeluknya saya dan menceritakan kejadian yg berlaku di alam sana..
tidak tertanggung kesedihan saya tatkala menulis email ni, masih segar
diingatan setiap ungkapan yg diucapkan dalam mimpi itu.. dia dipukul
dengan teruk, dibelasah sambil menunjukkan kesan patah riuk dia
badannya.. berpuluh2 kali dia berpesan supaya jgn tinggalkan solat,
jangan tinggalkan puasa dan jgn jadi macam dia.. sebelum dia
meninggalkan saya, dia berpesan lagi "Kau jangannnnlah tinggal
sembahyang.. jangan buat dosa... sakitnyaaaaa......."

itu lah kata2 terkakhir darinya sebelum mimpi saya lenyap dan saya
tersedar dari tidur. tak henti saya menangis, solat dan sedekahnya apa
sahaja yg termampu.. betapa ngerinya wajah dia pada waktu itu tidak
dapat saya gambarkan dalam email ini..

setiap mimpi yg saya lalui ada saya catitkan. sampai ke hari ini, nota
mimpi saya masih saya simpan dalam album.

saya bukanlah bertujuan untuk mengaibkan arwah, tetapi sebagai
pengajaran untuk dikongsi bersama untuk kita sama2 jadikan iktibar
berdasarkan pengalaman saya sendiri melaluinya.. saya sentiasa berdoa
agar Allah mengampunkan dosa silamnya..

AL-FATIHAH buat :
Allahyarham Burhanordin Yahya
oct 1954 - oct 1994

2 comments:

Unknown said...

Salam Neeza...
Aduhai... takutnya opah rasa yang sering terlupa ni. Takut kena belasah di alam sana sedangkan kat sini kita berjaga. Maha Suci ALLAH. And thanks Neeza, bagi kesedaran kat opah.

Neeza Shahril said...

Opah, neeza bukan bagi kesedaran kat sesapa.. neeza transfer article dari email ke blog. Untuk ingatkan diri neeza sendiri jugak sebenarnya...