CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 25, 2009

Tidur yang sunat dikejutkan


Mengejutkan orang ya ng tidur disunatkan sekiran ya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang ya ng tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerun ya untuk solat atau menggerakn ya untuk solat dengan kakin ya .”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawin ya thiqah)

Kedua:

Orang ya ng tidur dihadapan orang ya ng solat kerana menggangu orang ya ng solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa ya ng tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhn ya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiran ya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawin ya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena caha ya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian ya ng lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawin ya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anakn ya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkann ya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum is ya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis ya ng panjang, riwa ya t dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat is ya dan sembang-sembang selepasn ya .”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa ya ng tidur selapas solat asar dan hilang akaln ya , janganlah dia mencela melainkan dirin ya ..”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabn ya al- Min haj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan ya ng tidur menelentang . Ini kerana ian ya makruh seperti ya ng disebut dalam kitab ya ng sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anakn ya ya ng tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang ya ng tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudn ya : “Sesungguhn ya ini adalah cara baring ya ng dimurkai oleh Allah dan Rasuln ya .”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki ya ng tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukuln ya dengan kakin ya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudn ya : “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhn ya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki ya ng bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterin ya . Sekiran ya isterin ya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterin ya .

Allah merahmati wanita ya ng bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suamin ya . Sekiran ya suamin ya enggan, dia akan merenjis air ke muka suamin ya .
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawin ya thiqah)

Kedua belas:

Mengejutkan orang ya ng tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhn ya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Niha ya h oleh Ibnul athir.

Selamat Beramal...

0 comments: