CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 18, 2009

Mengapa Bila Marah Mesti Duduk?




Nabi berpesan supaya duduk apabila kemarahan melanda,apakah hikmah disebalik pesanan tersebut? Bagaimana "duduk" tersebut boleh memberi manafaat untuk kepada manusia?

Ketika marah, fisiology manusia melalui apa yg dipanggil "Hipothalamus Putiatary Adrenal Axis" (HPA) akan merembes hormon2 tertentu untuk menyediakan badan manusia tersebut menghadapi kemungkinan yg melanda. HPA sebelum itu mendapat signal dari bahagian otak yg dipanggil Amygdala, yang juga mendapat maklumat dari bahagian otak yg lain yg mentafsir persekitaran. Amygdala ini terkenal untuk fungsi "fight or flight" "lawan atau lari" manusia. Amygdala mendapat signal dari bahagian otak yg lain, yg menterjemahkan situasi luar melalui apa yg dikesan oleh deria2 terutama mata dan telinga samada ianya mengancam manusia atau tidak, masaalahnya kepercayaan diri kita sendiri yg metafsirkan apa yang dilihat atau dengar. Contohnya jika kita percaya Al Qaida memang betul2 wujud, kita akan sentiasa didlm ketakutan, jika kita tahu dari sumber2 lain yg Al Qaida dicipta oleh barat untuk meneruskan agenda mereka menguasai ekonomi dunia, kita tidak akan takut malah akan berani bangun menentang kemungkaran ini.

Kesan paling utama dari hormon2 yg dirembeskan oleh HPA tersebut adalah darah ke bahagian depan otak (frontal lobe) akan dikurangkan, lebih darah akan mengalir ke otak belakang untuk tindakan reflek yg lebih pantas. Darah juga akan pergi ke otot2 yg besar iaitu kaki dan tangan. Begitu juga dgn jantung akan mengepam darah dgn lebih kuat lagi disebab kan oleh hormon tadi. Ini salah satu fungsi badan ciptaan Allah untuk memudahkan manusia menyelamatkan diri ketika kecemasan, bila anda nampak atau terdengar harimau mengaum ketika didlm hutan anda akan serta merta lari tanpa berfikir, satu lagi contoh adalah bila anda memandu dan tiba2 ada budak melintas jalan, tanpa sedar tangan anda akan menggenggam stering dgn lebih kuat dan kaki anda serta merta menekan brek.

Semua fungsi ciptaan Allah didlm badan manusia ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan juga hamba2Nya yg lain. Masaalah sekarang manusia semakin hari semakin tertekan dgn suasana dunia dan menyebabkan hormon stress sentiasa mengalir didlm badan tetapi belum sampai ketakat membawa marah secara terang-terangan (belum mencapai takat didih). Akan tetapi bila ada sahaja sedikit "cucukan" dari luar, manusia tersebut akan serta merta menonjolkan sifat2 marah tersebut walaupun punca yg amat sedikit, lihat berapa ramai yg mati hanya kerana salah faham dijln raya.

Apabila darah lebih byk mengalir ke otot belakang, adakah tindakan yg diambil untuk menangani marah itu dari otak yg berfikir? Tindakan dari otak belakang ini tindakan reflek dan tidak mengambil kira logik, kesan2 kepada diri sendiri dan juga pada manusia yg lain. Semua perkiraan/pertimban gan untuk menyelesaikan masaalah yg menyebabkan marah tadi secara bijak tidak diambilkira jadi adakah tindakan yg diambil itu tindakan yg betul? Sudah semestinya tidak, sebab itu byk tindakan melulu yg diambil ketika marah ini selalunya akan disesali dikemudian hari.

Tindakan yg diambil berdasarkan dari otak belakang ini pula selalunya dari memori simpanan pemerhatian yg lepas2, baik dari pemerhatian semasa kecil mengikut tindakan ayah dan ibu ataupun dari pemerhatian2 melalui TV & juga filem. Jika hari2 melihat Kasim selamat mencucuk mata, hari2 melihat hero hindustan mengamuk tumbuk penjahat sampai pecah dinding, jika hari2 melihat Tom & Jerry berpukul2an sesama sendiri, itu yg akan diambil oleh manusia untuk tindakan reflek tersebut. Terfikirkah anda mengapa budak2 dizaman sekarang ini kecik2 lagi sudah menjadi kaki pukul? Mengapa hairan bila anak2 mulut celupar bila kita yang menggalakkannya belajar dari Sinchan?

Apabila kita duduk, darah yg tadinya mengalir ke kaki akan berkurangan kerana otot kaki sudah relaks, tetapi jantung tetap mengepam kencang darah kesemua badan, ini membuat darah akan seolah2 dipaksa kembali keotak depan (frontal cortex), jadi apabila otak depan kembali "bernafas" bukankah ianya akan digunakan untuk membuat keputusan dgn mengambil kira semua kebarangkalian, kemungkinan dan kesan terhadap tindakan yg akan diambil?

Bila kita menghadapi sesuatu yg menyebabkan kita marah ataupun ditimpa musibah, Nabi menyuruh kita bersabar. Apabila kita bersabar, berhenti seketika dan bertenang, ini membolehkan signal dari Amygdala tadi pergi kefrontal lobe. Signal ke frontal lobe ini lambat berbanding dgn signal ke otak belakang jadi dgn bersabar, ini memberi peluang frontal lobe untuk menerima isyarat tersebut dan berfungsi sebelum bertindak.

Jadi mulai sekarang ini, jika anda marah duduk, jika anda sedang duduk, bawak bersabar, beri peluang otak berfikir (frontal lobe) anda buat keputusan dan bukan otak primitif/haiwan. Semua arahan dan peraturan yg tertulis didlm Al Quran dan nasihat2 Nabi adalah untuk kebaikan manusia bukan setakat untuk individu malah untuk kesan kepada semua umat manusia. Kita semua berkait dibawah satu lapangan/jaringan tenaga yg kita tidak nampak atau sedari, apa yg kita fikir dan lakukan mempengaruhi dunia dan persekitaran dan akan berbaik pada diri sendiri, sebab itu berfikir sebelum bertindak, ikut akal bukan ikut rasa.

http://syurgadiduni a.blogspot. com


Sila ke forum syurgadidunia untuk berbincang atau memberi komen mengenai artikel ini.

0 comments: