CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 25, 2008

Kisah Romantik Rasulullah s.a.w



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya 'siapakah diantara mereka (isteri-isteri)baginda yang paling disayangi'.

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, 'Saya akan beritahu kamu kemudian.'

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesansupaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab 'Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya'. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

'Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka'.

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda
acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.


Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini
peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.


Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.


'Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...'

aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.



2 comments:

Abang Long said...

POLIGAMI. Ada wanita yang PANTANG mendengar perkataan ini. Apa kata Neeza ?

Neeza Shahril said...

abang long,

neeza tak tolak kemungkinan utk berpoligami sebab itu dah dibenarkan dalam Islam.. cuma, kalau diberi pilihan, memang lah tak rela. Tapi, kalau dah tercatat begitu, nak buat camne kan.. cuma, perlulah adil...

pssstt... harap husband neeza tak baca komen ni hehee..