CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 25, 2008

Kisah Romantik Rasulullah s.a.w



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya 'siapakah diantara mereka (isteri-isteri)baginda yang paling disayangi'.

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, 'Saya akan beritahu kamu kemudian.'

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesansupaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab 'Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya'. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

'Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka'.

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda
acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.


Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini
peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.


Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.


'Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...'

aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.



Friday, December 19, 2008

Teknik Jepun Shichida

Subject:Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg
dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni
kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak
befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah
kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena
practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni
mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan
tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite
satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran
bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar
anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia
pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan
staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak
korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak
aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap
kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang
kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak
kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak
kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak
korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia,
macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2
ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab
die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi,
aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka
pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z
guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf
dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan
tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat
die dapat
sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda
yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3,
gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so
ajar anak korang main tanah liat, main water colour,
melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba
korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah
sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun
dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau
kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa
makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja
tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab
depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau
termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak
maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by
start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung
cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu
takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang
dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu.
First few times boleh bagi option macam....bagi tau
colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak
tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah
kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat
ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam
and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka,
basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena
ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini
semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau
Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita
kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab
bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku
pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap
benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan
kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan
jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan
buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu
kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa
bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak
tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa
dimakbulkan.

Friday, December 12, 2008

UDIN...OH... UDIN

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????



NENEK UDIN


Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Tuesday, December 9, 2008

Petua Kecantikan Wanita dari Pn Yasmin


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING KECANTIKAN DARI POSITIVE GROOMING
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan.

Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.


2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum. Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi. Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga.


3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.


4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti: Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong,makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.


5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.


6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.


7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilas dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)


8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH ·

. Halba)
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi ) terakhir.
· Daun Pandan )


9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan ) bilasan terakhir
· Serai wangi )


10. RAWATAN RAMBUT

* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit.

Jika rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan bungkus kepala selama 10 minit.


Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam).

Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.


11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT,CELAH KELANGKANG DSB.
Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.


12. VITAMIN..
Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil). Boleh dibeli di farmasi
. Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)


RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan. Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus

amalkan & InsyaAllah anda akan menjadi cantik sebagaimana cantiknya PUTERI GUNUNG LEDANG........ ;-p

Friday, December 5, 2008

Tujuh Golongan Insan Contoh


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah"


Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Huraian Pengajaran hadis:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :


a) Pemerintah yang adil

- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.


b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya

– Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.


d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"

- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.


f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

- Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.


g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Tuesday, December 2, 2008

Letak aje kat belakang tu..