CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 3, 2009

Muhasabah Solat Kita




Solat adalah ibadah yang istimewa. Bermula daripada sejarah Rasulullah menerima kewajiban solat semasa peristiwa al Isra’ wal mi’raj, sehinggalah kepada ganjaran yang besar bagi mereka yang benar-benar menghayati solatnya. Solat adalah tiang agama dan rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat juga merupakan perkara yang paling awal dihisab dari seorang Muslim apabila dibangkitkan di Hari Perbicaraan kelak.

Solat yang berkualiti bukanlah semata-mata ibadah fizikal tetapi juga merangkumi ibadah hati. Imam al Ghazali menggariskan terdapat 6 unsur-unsur ibadah hati yang perlu dizahirkan untuk mencapai solat yang yang khusyu’ dan berkualiti. Beliau menyebutkan bahawa “kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu” adalah unsur yang melazatkan solat seseorang.

Secara ringkas huraian kepada keenam-enam unsur tersebut adalah seperti di bawah:

1. Kehadiran hati: Memberi FOKUS ketika solat. Mengawal minda daripada menerawang kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan solat;

2. Pemahaman: Memahami setiap lafaz dan doa yang diucap ketika bersolat;

3. Pengagungan dan merasai kehebatan: Merasa gerun ketika berhadapan dengan Allah, Penguasa seluruh alam semesta. Kita terlalu kerdil di hadapanNya;

4. Harap: Mengharapkan ganjaran daripada Allah kerana DIAlah sahaja tempat pergantungan bagi manusia;

5. Malu: Berasa malu kerana ibadah yang kita lakukan masih ada kekurangan di sana-sini.

Allah dan RasulNYA menjanjikan ganjaran yang besar kepada pendiri solat. Antaranya:

a. Hatinya sentiasa tenang walaupun ketika menghadapi ujian musibah dari Allah;

b. Umur dan hartanya berada dalam keberkatan;

c. Hidupnya sentiasa di bawah pemeliharaan Allah;

d. Doanya akan mudah dimakbulkan Allah;

e. Terpancar cahaya iman dari wajahnya;

f. Sentiasa merasakan sifat kehambaan sekaligus menghilangkan sifat angkuh dan takabbur;

g. Dipermudahkan baginya ketika menghadapi sakaratul maut;

h. Diluaskan kuburnya seluas mata memandang;

i. Kuburnya akan menjadi salah satu taman di antara taman-taman syurga;

j. Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan mulia;

k. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di Akhirat;

l. Dipermudahkan baginya perhitungan amal;

m. Dianugerahkan syurga yang kekal abadi.

Marilah sama-sama kita muhasabah solat kita; Apakah kita melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam? Apakah kita benar-benar khusyu’ ketika solat? Apakah kita dapat merasakan aura solat dalam hidup kita? Kalau jawapannya YA J, syukurlah dan tingkatkan prestasi solat kita ke arah yang lebih baik. Kalau jawapannya TIDAK L, fikir-fikirkanlah…



**To all non Muslim : We hope you enjoy reading the above for knowledge and understanding* *

1 comments:

Abang Long said...

Perkara utama yang dipermudahkan.

Memang sedih.

Ada seorang hamba Allah pernah berkata "cuba kamu berzikir kalimah SOLAT ..." tiba - tiba terasa seram ...