Cerite bermula d satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yang tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorang tu namanye Majid & seorg lagi namanye Iqbal.
Pada satu hari berhenti sebuah kerete mewah, mercedes untuk mengisi minyak. Pemandu kerete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abis, ni yang membuatkan Iqbal poning kepalo nak bagitau pada Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih sikit & bahasa arabnye ler..
Iqbal bagi tau Pak Arab tu sambil menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..
Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..
Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..
Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;
"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim",
baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...
Friday, February 27, 2009
Cerita 2 bangla
Posted by Neeza Shahril at 12:47 PM 2 comments
Labels: Jokes
Tuesday, February 24, 2009
Tenang ketika gawat
Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;
2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia ".
3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);
4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia ";
5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya
Posted by Neeza Shahril at 10:30 AM 1 comments
Saturday, February 21, 2009
Sebelum tidur
Berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR
Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum
melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Posted by Neeza Shahril at 8:49 AM 3 comments
Labels: Muhasabah Diri
Monday, February 16, 2009
Petua Kemesraan Rumahtangga
Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga &
Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda..........
Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm
satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah,
tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau
bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda
Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah
kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya,
baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk
pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah
s..a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan
kami ( ke dlm bejana tesebut )."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut
Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah
s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah
aqabah."
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).
Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian
saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian
Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd
tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).
Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda
singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda
bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s..a.w biasa
mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan
kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau
membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg
di sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda
berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad,
ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah
diriku dari fitnah yg menyesatkan."
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah
s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku
menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena
titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian
beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali
di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda
mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh , ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w
menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku
pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda &
beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di
kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan
memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata
keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah
tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd
masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak
kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis
Riwayat Ahmad )
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu
Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan
Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia
menghadap dalam rupa syaitan.......apabila seseorang di antara kamu
melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd
diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap &
perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih &
sayang antara suami & isteri. Inilah
teladan yg perlu di contohi........
Posted by Neeza Shahril at 11:53 AM 3 comments
Labels: Rumah tangga harmoni
Wednesday, February 11, 2009
Luasnya Neraka
Ya Allah... takut nyer... bacalah sampai habis.. sekejap je..
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH..
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjut kan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan sa t u baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit , nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap- tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah di turunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah..
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ke tiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama uthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembah yang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembah yang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah se t iap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua..... Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat , sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat , bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umat ku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.
'Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI padat empat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yan g lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama..
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
Posted by Neeza Shahril at 9:30 AM 2 comments
Labels: Hari Akhirat